Kelas Keusahawanan: Membuat Video Promosi (Powtoon)
21 Julai 2018 | Aktiviti TerkiniKelas Keusahawanan ini telah diadakan pada hari Jumaat, 20 Julai 2018. Dalam kelas ini, para peserta telah diperkenalkan serta diajar cara membuat video promosi yang mudah untuk mempromosikan produk usahawan melalui laman web www.powtoon.com. Melalui kelas ini, para peserta diharap akan lebih berminat untuk menggunakan ICT dalam urusan jualan dan promosi produk usahawan masakini.
Kelas yang berlangsung di Bilik Latihan Pusat Internet Serasot, selama 3 jam bermula dari 2.00 petang ini telah dihadiri oleh seramai 5 orang peserta. Kelas tamat pada pukul 5.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: